EDC


PERTANDINGAN EGG DROP (PUSINGAN KEDUA)

UMUM :

Pertandingan ini adalah kepada 10 kumpulan yang berjaya melepasi pusingan pertama(Pertandingan Membina Jambatan). Dalam pertandingan ini, peserta dikehendaki mereka dan membina satu bekas pengangkut yang dapat mengelakkan telur ayam mentah dari pecah apabila dijatuhkan pada ketinggian 10 meter. Selepas pemeriksaan pengadil, telur yang terselamat akan dijatuhkan untuk kali kedua dengan ketinggian lebih daripada 10 meter. Peserta hendaklah dapat mengalihkan telur tanpa sebarang kerosakan selepas dijatuhkan.


Bahan-bahan :

Surat khabar, straw minuman, beg plastik , tali raffia. Hanya bahan yang disediakan SAHAJA  dibenarkan


Peraturan :

        I.            Pertandingan dibuka kepada pelajar Tahun  4, 5 dan 6. Setiap sekolah boleh menghantar 3 kumpulan maksimum bagi menyertai pertandingan ini.
      II.            Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang pelajar dan seorang guru pengiring
    III.            Peserta dikehendaki membina sebuah bekas pangangkut yang dapat mengelakkan telur ayam mentah dari pecah apabila dijatuhkan pada ketinggian 10 meter. Selepas pemeriksaan pengadil, telur yang terselamat akan dijatuhkan untuk kali kedua dengan ketinggian lebih daripada 10 meter. Kumpulan yang mampu bertahan akan memenangi pertandingan ini.
    IV.            Bekas pengangkut perlu dibina di kawasan pertandingan
      V.            Bahan-bahan terpakai akan disediakan. Bahan-bahan persendirian tidak dibenarkan.
    VI.            Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta


Pengadilan :

        I.            Sebiji telur ayam SAHAJA akan diberikan kepada setiap kumpulan. Pengunaan telur sendiri adalah TIDAK dibenarkan sama sekali.
      II.            Semua bekas pengangkut akan diperiksa terlebih dahulu oleh pengadil sebelum diuji.
    III.            Telur ayam hendaklah diletakkan ke dalam bekas pengangkut di tempat yang disediakan.
    IV.            Sekiranya telur ayam yang rosak ketika diletakkan ke dalam bekas pengangkut, 50 markah akan ditolak. Peserta akan diberikan satu lagi peluang untuk meletakkan telur ayam yang baru ke dalam bekas pengangkut sekiranya pecah pada permulaan.
      V.            Telur ayam hendaklah bebas dari sebarang kerosakan selepas jatuhan dibuat bagi memudahkan pengiraan markah dibuat.
    VI.            Pengiraan markah adalah berdasarkan persamaan berikut :
S = faktor kejayaan
S = 100; jika telur ayam tidak pecah
S = 1;  jika telur ayam pecah
W = berat bekas pengangkut dan telur ayam (gram)(tidak boleh melebihi 1000gram)
                                                                 

Hadiah:

        I.            Tempat pertama:-  RM 300.00 + Sijil Penyertaan
      II.            Tempat kedua:- RM 200.00 + Sijil Penyertaan
    III.            Tempat ketiga:- RM 100.00 + Sijil Penyertaan



No comments:

Post a Comment