JPAC


JUNIOR PAPER AEROPLANE CONTEST (JPAC)

Umum :

                Objektif pertandingan ini adalah untuk membina kapal terbang kertas dari sehelai kertas A4, yang boleh diperkukuhkan dengan bahan-bahan terbuang. Kapal terbang kertas tersebut hendaklah berkemampuan untuk terbang dalam masa yang lama serta mampu meliputi jarak yang jauh.


Bahan:

Kertas saiz A4


Peraturan :

        I.            Pertandingan terbuka kepada pelajar Tahun  4, 5 dan 6. Setiap sekolah boleh menghantar 5 peserta  maksimum bagi menyertai pertandingan ini.
      II.            Satu kapal terbang untuk setiap peserta.
    III.            Peserta dikehendaki membina kapal terbang kertas dari sehelai kertas saiz A4. Peserta dibenarkan  menerima pertolongan dalam bentuk nasihat dari guru pengiring.
    IV.            Satu kapal terbang SAHAJA dibenarkan untuk setiap kategori. Hanya satu balingan SAHAJA diberikan untuk setiap kategori.
      V.            Kertas yang diberikan boleh dipotong, namum hanya sehelai kertas sahaja diberikan untuk setiap 1 kapal terbang.
    VI.            Kategori yang dipertandingkan adalah
a.       Terbang paling lama
b.      Terbang paling jauh
  VII.            Yuran penyertaan adalah sebanyak RM3.00 seorang.
VIII.            Pertandingan akan diadakan di Dewan Banquet CAC, IIUM pada 15 April 2013 pada pukul 2.00 petang. Peserta dikehendaki berada di  tempat pertandingan tepat pada masa.
    IX.            Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta.


Pengadilan :

        I.            Semua kapal terbang kertas akan diperiksa oleh pengadil sebelum diuji.
      II.            Kapal terbang hendaklah terbang  dalam kawasan yang dibenarkan sahaja. Kapal terbang yang terkeluar dari kawasan akan dikira batal.
    III.            Untuk kategori terbang paling lama :
a.       Peserta hendaklah berdiri di petak permulaan sebelum melancarkan kapal terbang.
b.      Dalam setiap pusingan kelayakan, 5 orang peserta akan berada di dalam petak permulaan dan setiap peserta hanya diberi satu balingan. Hanya satu peserta akan terpilih untuk ke pusingan seterusnya.
c.       Jika kapal terbang peserta berlanggar di udara, masa akan tetap diteruskan sehingga kapal terbang mereka jatuh ke lantai.
d.      Kapal terbang yang kekal di udara paling lama akan maju ke pusingan seterusnya.
e.      Pengiraan masa akan dimulakan sebaik sahaja peserta melempar kapal terbang mereka dan akan berhenti sebaik sahaja kapal terbang mereka jatuh ke lantai.
f.         Hanya satu peserta akan terpilih untuk ke pusingan seterusnya.
g.       Pusingan akhir akan terdiri dari 3 peserta sahaja selepas pusingan kelayakan selesai. 
    IV.            Untuk kategori terbang paling jauh:
a.       Peserta hendaklah berdiri di petak permulaan sebelum melancarkan kapal terbang.
b.      Dalam setiap pusingan kelayakan, 5 orang peserta akan berada di dalam petak permulaan dan setiap peserta hanya diberi satu balingan. Hanya satu peserta akan terpilih untuk ke pusingan seterusnya.
c.       Jika kapal terbang peserta berlanggar di udara, masa akan tetap diteruskan sehingga kapal terbang mereka jatuh ke lantai.
d.      Kapal terbang yang terbang paling jauh akan maju ke pusingan seterusnya.
e.       Hanya satu peserta akan terpilih untuk ke pusingan seterusnya.
f.        Pusingan akhir akan terdiri dari 3 peserta sahaja selepas pusingan kelayakan selesai. 


Hadiah:

        I.            Kategori Terbang Paling Lama
a.       Tempat pertama:- RM 100.00
b.      Tempat kedua:- RM 75.00
c.       Tempat ketiga:- RM 50.00
      II.            Kategori Terbang Paling Jauh
a.       Tempat pertama:- RM 100.00
b.      Tempat kedua:- RM 75.00
c.       Tempat ketiga:- RM 50.00


No comments:

Post a Comment