BBC


PERTANDINGAN MEMBINA JAMBATAN (PUSINGAN PERTAMA)

UMUM :

                Pertandingan ini adalah pusingan pertama dalam pertandingan Engineering Junior in Challenge(EJC). Objektif pertandingan ini adalah bagi memupuk daya kreativiti dalam kalangan peserta dalam menggunakan barangan terpakai , untuk mendidik generasi muda dalam meneroka bidang kejuruteraan dan menanam kesedaran mengenai  alam sekitar. Pertandingan ini adalah bertujuan untuk menguji daya kreativiti peserta dalam membina jambatan dari bahan-bahan  yang boleh dikitar semula. Jambatan yang sepanjang 1 meter hendaklah berkeupayaan dalam menampung beban yang akan diuji oleh pengadil.

Bahan-bahan :

                Surat khabar lama, straw minuman, lidi kayu, dan sebagainya. Hanya bahan yang disediakan SAHAJA dibenarkan.


Peraturan :

        I.            Pertandingan dibuka kepada pelajar Tahun  4, 5 dan 6. Setiap sekolah boleh menghantar 3 kumpulan maksimum bagi menyertai pertandingan ini.
      II.            Setiap kumpulan terdiri daripada 3 pelajar dan seorang guru pengiring.
    III.            Jambatan perlu dibina dalam masa 1 jam pada hari pertandingan. SETELAH 1 JAM YANG TELAH DIPERUNTUKKAN TAMAT,SEBARANG PEMBINAAN ADALAH DILARANG.

    IV.            Peserta hanya boleh menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan SAHAJA. Setiap bahan yang disediakan adalah terhad.

      V.            Setiap binaan jambatan perlulah memenuhi criteria dibawah :
                                                               i.      Panjang jambatan tidak melebihi 1 meter
                                                             ii.      Ketinggian jambatan (dari tanah ke puncak jambatan) tidak boleh melebihi 500mm.
                                                            iii.      Lebar jambatan mesti berada dalam linkungan 100 ke 250 mm

    VI.            Pertandingan akan diadakan di Banquet Hall CAC, IIUM pada 15 April 2013 pada pukul 8.30 pagi. Peserta dikehendaki hadir tepat pada masa di hari pertandingan.

  VII.            Yuran penyertaan pertandingan adalah RM30.00 untuk setiap kumpulan. Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta.


 Pengadilan :

        I.            Jambatan yang dibina hendaklah dibina dari bahan yang disediakan oleh pihak penganjur SAHAJA. PENGGUNAAN BAHAN PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI.
      II.            Masa yang diperuntukkan bagi membina jambatan adalah 1 JAM
    III.            Binaan akan dinilai melalui system nilaian seperti yang berikut :
a.       Kapasiti beban
b.      Kreativiti
c.       Kecekapan
d.      Kerjasama

    IV.            Jambatan akan diuji dengan 2 jenis beban. Beban pertama seberat 0.5 kg akan diletakkan diatas jambatan. Jika jambatan mampu menahan beban tersebut, beban yang kedua seberat 1 kg akan diletakkan diatas jambatan.
      V.            10 kumpulan dengan markah tertinggi akan mara ke pusingan kedua Engineering Junior in Challenge.
    VI.            Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.



No comments:

Post a Comment